The Day

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 29 July 2013

Ramadhan Kali Ini

Salam ...

Kejap je dah masuk malam ke 21 Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu. Aku sekarang pun dh 38w 2d. Jumpa doc pun dah kena seminggu sekali. Dah hampir- hampir due date ni, memang selalu tertunggu-tunggu tanda yang bakal menjelma. Tapi tak timbul2 pun. Takpe lah. Sabarje. Dah belum waktu lagi. Allah lebih tau bila yang paling sesuai kan...

Alhamdulillah, masih berkesempatan berjumpa dengan ramadhan tahun ni. Tahun depan belum tentu lagi. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada ni sebaik ya. Syukur juga allah masih lagi beri kesihatan yang baik untuk terus berpuasa dalam keadaan sarat- sarat macam ni. Setakat ni, tinggal 1 hari sebab muntah-muntah so terpaksa buka sebab memang rasa tak sihat. The next day alhamdulillah boleh sambung berpuasa macam biasa. Banyak kelebihannya untuk ibu mengandung berpuasa dan beribadah. Pahala berlipat ganda. Allah memang sayngkan kita kan...

Hari ni 29/7 dah start rasa sakit dan perut tegang dan mengeras. Tapi tak regular pun. So aku assume ni sakit biasa je or mungkin braxton hicks. Allahuallam. Frw days back aku banyak berjalan atas nasihat doc last week. Selain berjalan aku jugak mula kerap buat kerja rumah dah kerap jalan ulang-alik antara dapur dan hall untuk memudahkan bukaan nanti. Aku hanya usaha, yang lainnya berserah pada allah. Inshaallah.

Dalam bulan ramadhan ni dah 2 kali pergi geylang serai beli keperluan raya sikit2 untuk bangkitkan mood raya. Dapatla jugak baju raya sehelai, balang kuih, dan beberapa jenis kuih raya yang sedap-sedap. Raya tahun ni tak dapat balik ke penang disenabkan dah sarat sangat. So first timelah kiranya beraya tanpa family penang aku. Sob.. Sob.. Aku hanya akan balik penang pertengahan bulan 9 ja. Inshaallah, bila aku dah nak masuk ward, mak penang mintak call dan diorang akan arrange untuk datang ke sini. Siapa tau tahun ni diorang beraya kat sini sebab baby F keluar dekat-dekat hari raya. Hehe

No comments:

Post a Comment