Salam...
knock..knock..ada orang tak. haha.. apo kono jang, previous entry cakap nak update at least satu entry setiap bulan, tapi nampaknya memang tak terlaksana. entahlah, waktu mengandung ni, memang penyakit malas ni berleluasa. bukan setakat malas update blog, semua benda pun malas nak buat. Tapi tak boleh dilayan sangat perasaan malas ni sebab kalau dilayan makin menjadi. entry sebelum ni ada cakap nak share pasal lawatan ke garden by the bay. Rasanya tak payah lah. kalau sesiapa yang nak pegi, google dan bukak je websitenya, lagi banyak info. hehehe
Alhamdulillah, kandungan sekarang dah mencapai usia 34 minggu. kejap sangat rasa masa berlalu. kalau ikutkan due date yang doktor bagi, pertengahan bulan depan baru bersalin (11/8). Tapi perasaan aku selalu cakap yang aku akan bersalin bulan ni jugak. tak tau kenapa. Tambah pulak masa aku pergi berurut bulan lepas, tukang urut tu cakap benda yang sama, dia rasa tak sampai bulan 8 inshaallah aku bersalin sebab kepala baby memang dah ke bawah dan ruang bahagian bawah abdomen aku memang dah tak banyak ruang, so besar kemungkinan akan bersalin awal. tak kisah lah baby keluar awal atau lambat. yang penting baby sihat dan semuanya dipermudahkan.
untuk barang baby pulak, alhamdulillah, berkat beli sedikit demi sdikit, sekarang dah membukit dan hampir lengkap. tapi takde la membukit mana, sebabnya kami just beli barang- barang keperluan waktu terdekat sahaja dulu. Stroller, baby rocker, diapers bag dan lain- lain aksesori semua masih KIV sebab benda tu lepas pantang pun masih boleh beli. Baju baby pun beli yang basic dan hanya beberapa pasang je kami beli yang lain nenek dan makcik-makcik baby F yang hadiahkan termasuklah blanket, bedung, barut, booties & mittens, towel dan lain-lain lagi. alhamdulillah, murah rezeki baby F. Kalau masih tak cukup, lepas pantang pun boleh beli lagi kan, jadi tak perlulah kelam kabut nak beli semuanya 1 shot. Lagipun, masa tempoh berpantang, bukannya keluar rumah sangat kan? beli awal2 pun tak guna jugak, better tunggu baby keluar, lepas pantang, kita sambung shopping barang baby lagi. kali ni baby dah ada so senang nak ukur saiznya semalam baru habiskan 2nd round basuh baju baby. Guna baby clothes detergent tu, bau wangiiiii je :)
15/6/2013 yang lepas, genap setahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, 1 tahun yang cukup indah dan membahagiakan. Harapnya dan doanya, tahun- tahun yang mendatang juga bakal menjadi tahun- tahun yang indah lagi membahagiakan. inshaallah. takda sambutan istimewa pun pada hari tu. sebab kami berdua tak sihat. aku demam, suami pulak selsema. cuma weekend seterusnya tu, kami buat rutin biasa yang kami buat every saturday iaitu tengok wayang dan dinner luar. Tapi dinner kali ni tempat special sikit la, makan-makan di siam kitchen. makan sampai kenyang, then bila tengok wayang pun mata rasa berat je. hahaha.
Hari ni mak buyung puasa. puasa ganti penghabisan. alhamdulillah, selama mengandung dan berpuasa ganti ni, belum lagi terjadi kejadian-kejadian yang tak diingini. cuma 1 thing yang aku perasan, bila puasa time mengandung, aku mudah rasa haus dn cepat rasa penat. bayangkan 5 minit sebelum azan subuh aku masih minum, lepas je azan subuh, dah mula rasa dahaga balik. tapi inshaallah Dia bagi kekuatan untuk teruskan. yang penting jangan miss sahur dan waktu sahur mesti makan nasi dan minum susu serta kurma/buah. air masak jugak kena minum banyakkkk. Apa- apa pun berbalik pada keupayaan diri sendiri. kalau dah rasa memang tak boleh teruskan, buka je. allah dah bagi kelonggaran. islam tak pernah membebankan. jangan paksa diri sampai memudaratkan diri sendiri ye kawan- kawan.

jaga diri okey!!! jaga baby tu.... :)
ReplyDelete