Kad Kahwin ni aku tempah di GaleriKadKahwin Penang. Kebanyakkan kawan- kawan aku yang kahwin kat Penang ni akan tempah di sana. servis memang tip top dan cepat. kedai dia dekat lebuh aceh. kalau ikut jalan biasa, aku akan masuk jalan masjid kapitan keling dulu sebelum masuk ke lebuh aceh. kedai dia memang terceruk sikit. tapi mungkin sebab servis yang bagus, dapat sambutan ramai.
aku pegi tempah mid of Feb, betul2 lepas bertunang. pegi with Mr. Deen. dulu masa belum termimpi nak kahwin, duk pikir kalo aku kawen nanti nak buat kad best2. cantik2, lawa2 dan exclusive. tapi bila dah sampai turn aku nak tempah kad kahwin...terpikir pulak, macam membazir pulak coz mostly orang akan buang lepas kenduri. maybe la akan ada yang simpan, tapi berapa kerat saja. better buat yang murah, simple but nice. duit lebih, boleh guna untuk cover benda lain. bak kata orang, bersederhana kan lebih baik :)
corak kad yang kami pilih ni simple, meriah, sweet dan cantik. tapi yang penting murah dan tak serabut. aku pilih dan dipersetujui oleh Mr. Deen dia pun suka jugak. harga untuk 500pcs cuma RM0.35/keping. murah kan. aku ambik 500 je coz jemputan tak ramai. plus kalau ramai2 sangat memang susah nak handle. so total cuma RM175 jer. then aku ambik sampul printed. kena tambah RM50. so total kad + sampul untuk 500pcs ialah RM225. murah tak?
Baru tadi lepas tulis nama pada kad kahwin coz esk nak masuk opis kejap untuk pulangkan harta benda syarikat. hehe...so alang2, bagi terus la. kalau tak bagi sekarang, memang dah malas nak pegi balik. awal pun awal lah. hopefully diorang tak lupa nanti sebab jemput awal sangat. hehe. total kawan opis plus housemate dan kawan2 sekitar, cuma 67 orang. yang jauh2 tu aku jemput pakai facebook je la nanti. siapa yang nak kad, kena bagi address baru aku post. hehe senang kan teknologi sekarang ;)
cadang esok just nak bagi kepada wakil untuk each group department aku. malas pulak nak bagi 1 by 1 coz aku pun cadang nak pegi opis lambat esok. so wakil2 ni nanti distribute to thier group members la. kawan2 yang rapat2 aku bagi by hand la.
| kad yang dah siap ditulis nama dan ready untuk diedarkan (riben tu aku just ikat untuk mengasingkan group2 department aku. kad kawen aku takda ribbon2 semua ;) |
b2b penang, kalau nak tempah kad kahwin nanti, tempat ni memang terbaekkk...isyaAllah..

No comments:
Post a Comment